Bagaimanakah rupa bentuk Keris Berdaulat yang telah diwariskan oleh Sultan Abdul Momin(Mobin) kepada Putera Shahabuddin? Perhatikan Gambar Sultan Abdul Momin(Mobin), Keris yang ada di dalam gambar tersebut ialah Keris Berdaulat yang telah diwariskan kepada Putera Shahabuddin... Namun di dalam gambar tersebut, kita hanya dapat melihat hulu Keris sahaja...
Inilah...
Sunday, February 27, 2011
Siapakah Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin)?
Inilah Masanya.... Merungkai Segala Rahsia mengenai Sejarah Kesultanan Brunei. Mendedahkan Perkara Sebenar mengenai Kewujudan Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Anak Sharif Abdul Wahab Ibni Sultan Omar Ali Saifuddin.
Semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Sharif Abdul Wahab, ada seorang putera yang bernama Putera Shahabuddin @ Pengiran Anak Shahabuddin. Putera ini adalah merupakan hasil perkahwinan...
Di manakah Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin)?
Dalam penulisan buku dan dokumen mengenai Sejarah Al-Marhum Sultan Abdul Momin(Mobin) tidak ada Penulis yang menceritakan Butiran yang terperinci mengenai Keturunan Sultan Abdul Momin. Apa yang kita baca di dalam mana-mana Sejarah Kesultanan Brunei khususnya keturunan Sultan Abdul Momin tidak dibincangkan dengan mendalam. Namun, apa yang kita dengar sama ada di sekolah atau membaca penulisan-penulisan sejarah kesultanan brunei, dikatakan bahawa Al-Marhum Sultan Abdul Momin tidak mempunyai Pewaris....
Sunday, February 20, 2011
Makam Sultan Abdul Momin(Mobin)

Pusat Sejarah Brunei bertanggungjawab dalam menentukan Makam-Makam Sultan Brunei. Persoalannya adakah dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Sejarah Brunei mengenai kedudukan dan lokasi Makam-Makam Sultan Brunei adalah benar atau hanya berasaskan dan berpandukan kepada methodologi sejarah. Kalau dirujuk dalam Salsilah Raja-Raja Brunei,...
Sultan Abdul Momin, Sultan Brunei-25(24)
Sebelum kemangkatan Sultan Omar Ali Saifuddin II (SOASII), SOASII telah menyerahkan kuasa pemerintahan dengan memberi Keris Sinaga kepada Pengiran Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam I. SOASII merasakan Pengiran Anak Muhammad Tajuddin adalah Waris Sultan Brunei yang paling layak pada ketika itu. Walaupun begitu, Pengiran Anak Muhammad Tajuddin menolak tawaran dan kuasa pemerintahan kerajaan Brunei.
SOAS II mengambil keputusan untuk memberi Keris Sinaga kepada...
Subscribe to:
Posts (Atom)