Pusat Sejarah Brunei bertanggungjawab dalam menentukan Makam-Makam Sultan Brunei. Persoalannya adakah dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Sejarah Brunei mengenai kedudukan dan lokasi Makam-Makam Sultan Brunei adalah benar atau hanya berasaskan dan berpandukan kepada methodologi sejarah. Kalau dirujuk dalam Salsilah Raja-Raja Brunei, sebagai contoh, Sultan Muhammad Hassan (1582-1598) dikatakan dimakamkan di Tanjung Kendana. Walaupun Pusat Sejarah Brunei tidak menemui Makamnya, akan tetapi Batu Nisan telah pun dijumpai. Namun Pusat Sejarah Brunei tidak dapat mengesahkan sama ada benar ataupun tidak bahawa Batu Nisan ini adalah kepunyaan Sultan Muhammad Hassan.
Mengenai Makam Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Shariff Abdul Wahab, Pusat Sejarah Brunei membuat kenyataan bahawa Makam Sultan Abdul Momin berada di Kubah Malam Diraja. Namun begitu, Pusat Sejarah Brunei tidak dapat mengenal pasti sama ada Sultan Abdul Momin memang benar dimakamkan di Kubah Makam Diraja. Menurut lisan, ada yang mengatakan Sultan Abdul Momin dimakamkan di Jalan Residency berhadapan dengan Kampung Ayer.
Di manakah Sultan Abdul Momin(Mobin) dimakamkan? Menurut Pusat Sejarah Brunei dan Unit Perkuburan Tanah Orang Islam, Brunei, perhatikan Gambar Batu Nisan dan Makam (sumber: Unit Tanah Perkuburan Islam,Brunei)dikatakan Milik Sultan Abdul Momin. Dikatakan Asal nisan ini ialah kayu dan telah bertukar kepada batu.
Jadi di manakah Makam Sultan Abdul Momin(Mobin) ? Jawapannya ialah ianya tidak terletak di Kubah Makam Diraja mahupun di Jalan Residency. Lokasi Makam sebenar Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Shariff Abdul Wahab adalah terletak di TANJUNG PELOMPONG... Menurut beberapa pihak tertentu, sehingga sekarang di Tanjung Pelompong belum pernah menemui Batu Nisan ataupun Makam... Persoalannya? adakah pihak tertentu akan mengetahui akan Cerita Ini. Memang tidak dinafikan, kenyataan saya ini mungkin tidak relevan atau tidak mempunyai bukti. Bagaimana saya boleh mengetahui akan Cerita Kedudukan Makam Sultan Abdul Momin? Dalam penulisan seterusnya, saya akan maklumkan bagaimana sumber ini diperolehi. Seperti yang dinyatakan oleh Pusat Sejarah Brunei, pihak Muzium sendiri tidak dapat mengenal pasti akan lokasi dan makam sebenar Sultan Abdul Momin(Mobin).
Kenapa begitu jauh sekali lokasi Makam Sultan Abdul Momin, sekiranya benar ianya terletak di TANJUNG PELOMPONG. Seperti yang kita ketahui, Sejarah Kesultanan Brunei tidak lari daripada pertelingkahan sesama Kerabat Sultan sendiri. Semasa Sultan Abdul Momin mangkat, beberapa Kerabat Sultan tidak mahu Sultan Abdul Momin dimakamkan dengan Sultan-Sultan Brunei lain, khususnya Kubah Makam Diraja. Malah, beberapa Kerabat Sultan ketika itu, mahu Sultan Abdul Momin(Mobin) dilupakan terus dari pandangan sejarah dan kanca mata Rakyat Brunei. Disebabkan ketika itu, Keturunan Sebenar Sultan Abdul Momin telah pun melarikan diri... maka, beberapa orang suruhan Kerabat Sultan mahu Sultan Abdul Momin dimakamkan di lokasi yang jauh dengan tujuan supaya Kerabat atau Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin) dan Rakyat Brunei tidak dapat menziarahi Makam baginda.....
Benarkah Sultan Abdul Momin(Mobin) tidak mempunyai Pewaris atau Keturunannya?......
25 comments:
msh ada..sbb putera sahabuddin x d jmpa lg kn..msti pewaris msh mencari jln utk kembali ke brunei..
Pewaris kesultanan sudah mula nerubah sejak pemerintahan sultan jalilul akhbar dan jabbar. Keturunan atau pewaris berkeliaran di sekitar negeri sarawak.
Pewaris kesultanan sudah mula nerubah sejak pemerintahan sultan jalilul akhbar dan jabbar. Keturunan atau pewaris berkeliaran di sekitar negeri sarawak.
Saya berfikiran yang sama dengan cik, salena Bari
kalau di izinkan Allah swt, pasti pewaris sebenar akan di munculkan.. memang sekarang suda ada tapi belum sampai masanya untuk muncul..
kalau darah tak ke mana dia akan kembali dan dunia tetap berputar kembali kepada asalnya
Saya nak tanya kenapa dulu mak cik saya pergi berubat dekat seorang tok tu . Tok tu cakap dekat mk cik saya ampun tuanku lepas tu mk cik saya rasa pelik mak cik saya pun jawab saya ni rakyat bia tok tu jawab betul kamu ni ada darah keturunan Raja Brunei dan kamu adalah pewaris harta Brunei . Yang mk cik saya seorang lagi pulak dia pergi berubat dekat seorang ustaz lepas tu ustaz tu panggil dekat mk cik saya dayang lepas tu mk cik saya jawab kenapa panggil saya dayang saya hanya rakyat biasa saja lepas tu ustaz tu jawab kamu ada darah berketurunan raja .mak saya cakap kat saya dulu ada orang cakap kat tok wan , tok ada keturunan Arab
ketakutan para pewaris yang melarikan diri sangat kuat bagi menyelamatkan kaum kerabat agar tidak tertangkap dan dibunuh. maka identiti diri dan cerita kepada keturunan di juga sengaja tidak diceritakan atau ditutup rapat. mungkin takdir Tuhan yang akan mengunkap putaran kisah yang sebenar kelak. saya setuju pendapat di atas...akan tiba masanya.....
Adakah waris sultan abdul momin ini akan diterima jika mereka munculkan diri.....????dan percayakah pihak2 yg berkaitan jika mereka ini waris2nya nanti......????
Hanya keturunan pengiran sahbuddin yang dapat merungkai misteri ini. Dan keris si naga kembali ke sarungnya
asalamulaikum
Waalaikum salam...
assalamualaikum
assalamualaikum
saya dari sandakan
Nanti terjawab jua
Assalamualaikum,,, cari dn dptknlh susur salasilah keturunan. Usah brcerita ttg keris itu lg, jika blm melihat carta salasilah itu. Ianya tlh trbuka, cuma mnunggu untuk lihat.
Waalaikumsalam..tapi saya mencari keturunan saya dari siam..datuk saya bernama dibong
Apa, benar keturunan
Keris atu asal nya keris selindang soas2.bentuk naga atu tah di katakan keris si naga kunu la.keris atu bukn di tangan putra sultan abdul momin?momin serah kn kepada ipar nya pg pemancha muhammad salleh(pg matali) soas2
Jgn sembunyi kn makam moyang saya pg pemancha muhammad salleh ibni soas2.tk hairan ada mengaku di brunai???tapi biodata mereka mengatakan pemancaha lahir pada 1811.sedang kan bapa nya soas2 lahir 1799.lojik ka ?
Post a Comment