Monday, October 24, 2016

Suatu Masa Di Brunei : Siapakah Yang Ada Di Dalam Gambar Ini


Continue Reading...

Monday, September 8, 2014

RAHSIA DISEBALIK TANGAN- KALIMAH ALLAH

Salam Ukkhuwwah semua...Untuk renungan kita sejenak. Kalimah ALLAH yang terpahat di tangan merupakan satu kebesaran ALLAH..Sebenarnya kalimah ini telah lama dirahsiakan sekian lama..ALLAH MAHA AGUNG....

Continue Reading...

Sunday, February 27, 2011

Keris Berdaulat Kesultanan Brunei

Bagaimanakah rupa bentuk Keris Berdaulat yang telah diwariskan oleh Sultan Abdul Momin(Mobin) kepada Putera Shahabuddin? Perhatikan Gambar Sultan Abdul Momin(Mobin), Keris yang ada di dalam gambar tersebut ialah Keris Berdaulat yang telah diwariskan kepada Putera Shahabuddin... Namun di dalam gambar tersebut, kita hanya dapat melihat hulu Keris sahaja...

Inilah rupa bentuk KERIS BERDAULAT KESULTANAN BRUNEI YANG TELAH DIWARISKAN OLEH SULTAN ABDUL MOMIN(MOBIN) KEPADA PUTERANYA PUTERA SHAHABUDDIN @ PENGIRAN ANAK SHAHABUDDIN....

Continue Reading...

Siapakah Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin)?

Inilah Masanya.... Merungkai Segala Rahsia mengenai Sejarah Kesultanan Brunei. Mendedahkan Perkara Sebenar mengenai Kewujudan Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Anak Sharif Abdul Wahab Ibni Sultan Omar Ali Saifuddin.

Semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Sharif Abdul Wahab, ada seorang putera yang bernama Putera Shahabuddin @ Pengiran Anak Shahabuddin. Putera ini adalah merupakan hasil perkahwinan di antara Sultan Abdul Momin(Mobin) dan Pengiran Dayang Fatimah @ Pengiran Anak Fatima Ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam.

Putera Shahabuddin telah melarikan diri dari Brunei atas arahan ayahandanya Sultan Abdul Momin(Mobin). Pada waktu itu, wujud pertelingkahan dalaman di kalangan Kerabat Sultan Brunei dan atas sebab-sebab keselamatan, Sultan Abdul Momin telah mengarahkan Puteranya untuk meninggalkan Negara Brunei Darussalam.  Sebelum Puteranya meninggalkan Negara Brunei, Sultan Abdul Momin telah mewariskan Keris Berdaulat Kesultanan Brunei kepada Puteranya. Manakala, Sarung Keris tersebut ditinggalkan di Brunei. Sarung Keris ini masih diletakkan di Istana Lama, Negara Brunei Darussalam.

Dalam catitan sejarah, memang tidak dicatit tentang keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin), akan tetapi bukti kewujudan Keturunan Sultan Abdul Momin adalah berdasarkan kepada Keris Berdaulat Kesultanan Brunei.

Kewujudan Sarung Keris  di Istana Lama adalah menjadi ukuran untuk mengesahkan akan Kesahihan dan Kewujudan keturunan dan Pewaris Sultan Abdul Momin(Mobin). Persoalannya kenapakah Sultan Abdul Momin(Mobin) hanya mewariskan Keris Berdaulat tanpa membawa sarung asalnya?...

"Inilah kata-kata dan pesanan Putera Shahabuddin kepada Pewarisnya dan keturunannya.. Dengarlah baik-baik bahawa Hanya Pewaris Sah Sahaja yang dapat memasukkan Keris Berdaulat di dalam Sarung Asalnya.."

Sesungguhnya..Kewujudan Pewaris Sultan Abdul Momin dan Keris Berdaulat merupakan kata kunci yang selama ini menjadi misteri mengenai kesahihan akan Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin.. Oleh yang demikian, untuk membuktikan bahawa seseorang itu ialah benar-benar keturunan Pewaris Sultan Abdul Momin, maka dia perlu menunjukkan Keris Berdaulat yang telah diwariskan oleh Sultan Abdul Momin kepada puteranya Putera Shahabuddin. Dan Keris Berdaulat ini perlu dimasukkan di dalam sarung asalnya.....

Perjalanan riawayat hidup mengenai Sejarah Putera Shahabuddin @ Pengiran Anak Shahabuddin Ibni Sultan Abdul Momin(Mobin) adalah berliku-liku. Ini kerana, ada di kalangan Kerabat Sultan Brunei selepas kemangkatan Al-Marhum Sultan Abdul Momin, menjalankan usaha untuk mencari Putera Shahabuddin atas tujuan dan motif bagi menghapuskan Pewaris Sultan Abdul Momin(Mobin). Ini bermakna, ada Kalangan Kerabat Sultan Brunei mahu Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin dibunuh dan dihapuskan agar tidak ada lagi penyambung zuriat Al-Marhum Sultan Abdul Momin(Mobin)...

Di manakah Lokasi dan tempat persembunyian Putera Shahabuddin ?

Selepas Putera Shahabuddin meninggalkan Negara Brunei, Putera Shahabuddin telah melarikan diri dan bersembunyi di salah satu kawasan di Negeri Sabah (North Borneo). Semasa di Sabah, Putera Shahabuddin telah menukar namanya (dirahsiakan) agar Identitinya tidak terbongkar. Namun, disebabkan kawasan persembunyian Putera Shahabuddin telah dikesan, maka Putera Shahabuddin telah melarikan diri bersama-sama dengan pengikutnya ke salah satu Pulau (dirahsiakan). Semasa tiba di pulau tersebut, Putera Shahabuddin dan pengikutnya keletihan dan terdampar di persisiran pantai. Penduduk sekeliling telah menjumpai Putera Shahbuddin dan membawa Putera Shahabuddin dan pengikutnya ke rumah penduduk setempat untuk memberi makanan.. Namun, Putera Shahabuddin telah berpesan kepada pengikutnya bahawa jangan mendedahkan Identiti sebenar Putera Shahabuddin tetapi menyamar sebagai rakyat biasa...

Semenjak itu, usaha Kerabat Sultan Brunei dan Pengikut ketika itu untuk mencari Putera Shahabuddin tidak tercapai. Walaupun begitu, disebabkan Kerabat Sultan Brunei ketika itu yakin bahawa Putera Shahabuddin tidak akan kembali ke Negara Brunei, maka telah berpendapat bahawa Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin tidak akan muncul lagi........
Continue Reading...

Di manakah Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin)?

Dalam penulisan buku dan dokumen mengenai Sejarah Al-Marhum Sultan Abdul Momin(Mobin) tidak ada Penulis yang menceritakan Butiran yang terperinci mengenai Keturunan Sultan Abdul Momin. Apa yang kita baca di dalam mana-mana Sejarah Kesultanan Brunei khususnya keturunan Sultan Abdul Momin tidak dibincangkan dengan mendalam. Namun, apa yang kita dengar sama ada di sekolah atau membaca penulisan-penulisan sejarah kesultanan brunei, dikatakan bahawa Al-Marhum Sultan Abdul Momin tidak mempunyai Pewaris. Apakah yang membuktikan bahawa Al-Marhum Sultan Abdul Momin tidak mempunyai Pewaris dan Keturunannya. Adakah disebabkan selepas Al-Marhum Sultan Abdul Momin(Mobin) mangkat, bukan daripada keturunannya yang menjadi Sultan Brunei ke-25(26)?. Bukankah doa dan harapan Al-Marhum Sultan Abdul Momin ialah selepas baginda mangkat, baginda tidak mahu Pewarisnya atau Keturunnya menjadi Sultan Brunei yang ke-25(26), akan tetapi baginda berdoa supaya Keturunan Sultan Omar Ali Saifuddin II dan Keturunan Sultan Brunei yang lain menjadi Sultan Brunei seterusnya, selepas baginda mangkat. Kenapakah Al-Marhum Sultan Abdul Momin mahu doa dan harapannya tercapai? Sesungguhnya, Al-Marhum Sultan Abdul Momin(Mobin) mahu Keturunan-Keturunan Sultan Brunei bersatu padu dan tidak mahu ada pertelingkahan di kalangan Kerabat Sultan Brunei. Maklumlah, Sejarah Kesultanan Brunei banyak menumpahkan Darah Kerabat-Kerabat Sultan Brunei. Alhamdulillah, Harapan dan doa Sultan Abdul Momin(Mobin) tercapai dan dimakbulkan Allah S.W.T.

Di manakah Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin)?

Sejarah tidak dapat mengenal pasti akan keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin)..Mungkin ada sesetengah Kerabat Kesultanan Brunei akan tahu mengenai kewujudan Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin, akan tetapi adakah Kerabat Kesultanan Brunei mengetahui Siapa sebenarnya Pewaris tersebut?

Hari ini, sudah sampai masa dan waktunya, saya ingin mendedahkan RAHSIA SEBENAR mengenai Keturunan Sultan Abdul Momin... Ini adalah pesanan daripada Pewaris Sultan Abdul Momin(Mobin) kepada Keturunan Pewaris Sultan Abdul Momin(Mobin).Bila sudah sampai masanya, maka ceritakanlah akan kewujudan Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin) yang selama ini dirahsiakan daripada Kerabat Sultan Brunei dan Rakyat Brunei..

Ketahuilah....segala Sejarah Sebenar mengenai kewujudan Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin) akan saya dedahkan segalanya. Maklumat dan informasi mengenai kewujudan Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin yang saya akan ceritakan segalanya adalah untuk memaklumkan kepada Kerabat-Kerabat Sultan Brunei, Keluarga Al-Marhum Sultan Abdul Momin dan Rakyat Brunei bahawa Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin telahpun BERSUARA......
Continue Reading...

Sunday, February 20, 2011

Makam Sultan Abdul Momin(Mobin)

Pusat Sejarah Brunei bertanggungjawab dalam menentukan Makam-Makam Sultan Brunei. Persoalannya adakah dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Sejarah Brunei mengenai kedudukan dan lokasi Makam-Makam Sultan Brunei adalah benar atau hanya berasaskan dan berpandukan kepada methodologi sejarah. Kalau dirujuk dalam Salsilah Raja-Raja Brunei, sebagai contoh, Sultan Muhammad Hassan (1582-1598) dikatakan dimakamkan di Tanjung Kendana. Walaupun Pusat Sejarah Brunei tidak menemui Makamnya, akan tetapi Batu Nisan telah pun dijumpai. Namun Pusat Sejarah Brunei tidak dapat mengesahkan sama ada benar ataupun tidak bahawa Batu Nisan ini adalah kepunyaan Sultan Muhammad Hassan.

Mengenai Makam Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Shariff Abdul Wahab, Pusat Sejarah Brunei membuat kenyataan bahawa Makam Sultan Abdul Momin berada di Kubah Malam Diraja. Namun begitu, Pusat Sejarah Brunei tidak dapat mengenal pasti sama ada Sultan Abdul Momin memang benar dimakamkan di Kubah Makam Diraja. Menurut lisan, ada yang mengatakan Sultan Abdul Momin dimakamkan di Jalan Residency berhadapan dengan Kampung Ayer.

Di manakah Sultan Abdul Momin(Mobin) dimakamkan? Menurut Pusat Sejarah Brunei dan Unit Perkuburan Tanah Orang Islam, Brunei, perhatikan Gambar Batu Nisan dan Makam  (sumber: Unit Tanah Perkuburan Islam,Brunei)dikatakan Milik Sultan Abdul Momin. Dikatakan Asal nisan ini ialah kayu dan telah bertukar kepada batu.
Jadi di manakah Makam Sultan Abdul Momin(Mobin) ? Jawapannya ialah ianya tidak terletak di Kubah Makam Diraja mahupun di Jalan Residency. Lokasi Makam sebenar Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Shariff Abdul Wahab adalah terletak di TANJUNG PELOMPONG... Menurut beberapa pihak tertentu, sehingga sekarang di Tanjung Pelompong belum pernah menemui Batu Nisan ataupun Makam... Persoalannya? adakah pihak tertentu akan mengetahui akan Cerita Ini. Memang tidak dinafikan, kenyataan saya ini mungkin tidak relevan atau tidak mempunyai bukti. Bagaimana saya boleh mengetahui akan Cerita Kedudukan Makam Sultan Abdul Momin? Dalam penulisan seterusnya, saya akan maklumkan bagaimana sumber ini diperolehi. Seperti yang dinyatakan oleh Pusat Sejarah Brunei, pihak Muzium sendiri tidak dapat mengenal pasti akan lokasi dan makam sebenar Sultan Abdul Momin(Mobin).

Kenapa begitu jauh sekali lokasi Makam Sultan Abdul Momin, sekiranya benar ianya terletak di TANJUNG PELOMPONG. Seperti yang kita ketahui, Sejarah Kesultanan Brunei tidak lari daripada pertelingkahan sesama Kerabat Sultan sendiri. Semasa Sultan Abdul Momin mangkat, beberapa Kerabat Sultan tidak mahu Sultan Abdul Momin dimakamkan dengan Sultan-Sultan Brunei lain, khususnya Kubah Makam Diraja. Malah, beberapa Kerabat Sultan ketika itu, mahu Sultan Abdul Momin(Mobin) dilupakan terus dari pandangan sejarah dan kanca mata Rakyat Brunei. Disebabkan ketika itu, Keturunan Sebenar Sultan Abdul Momin telah pun melarikan diri... maka, beberapa orang suruhan Kerabat Sultan mahu Sultan Abdul Momin dimakamkan di lokasi yang jauh dengan tujuan supaya Kerabat atau Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin) dan Rakyat Brunei tidak dapat menziarahi Makam baginda.....

Benarkah Sultan Abdul Momin(Mobin) tidak mempunyai Pewaris atau Keturunannya?......
Continue Reading...

Sultan Abdul Momin, Sultan Brunei-25(24)

Sebelum kemangkatan Sultan Omar Ali Saifuddin II (SOASII), SOASII telah menyerahkan kuasa pemerintahan dengan memberi Keris Sinaga kepada Pengiran Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam I. SOASII merasakan Pengiran Anak Muhammad Tajuddin adalah Waris Sultan Brunei yang paling layak pada ketika itu. Walaupun begitu, Pengiran Anak Muhammad Tajuddin menolak tawaran dan kuasa pemerintahan kerajaan Brunei.

SOAS II mengambil keputusan untuk memberi Keris Sinaga kepada Pengiran Anak Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Sharif Abdul Wahab. Pengiran Anak Abdul Momin merupakan anak menantu kepada SOASII sendiri. Pada ketika itu, Pangkat Pengiran Abdul Momin adalah Pengiran Bendahara. Oleh disebabkan, SOASII tidak mempunyai Putera Gahara atau waris yang layak untuk menggantikan baginda, maka menurut adat istiadat perlantikan sultan brunei, Pengiran Bendahara merupakan Calon Potensi dan Layak untuk menggantikan Sultan seterusnya. Pada waktu itu, Pertabalan Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Momin (Mobin) sebagai Sultan Brunei Ke-25(24) pun telah dibuat dengan rasminya.(Sultan Abdul Majid Hasan merupakan salah satu Sultan Brunei yang memerintah dari TM 1402 sehingga TM 1408. Walaupun tidak pernah disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, ada dicatatkan dalam riwayat China bahawa pada TM 1406, baginda menghantar utusan ke China. Orang Cina menyebut baginda Ma-na-je-ka-na. Pada TM 1408, baginda berangkat ke China dan mangkat di sana ketika berusia 28 tahun. Baginda meninggalkan seorang putera bernama Xiawang (bererti Raja Kecil) yang berusia 4 tahun. Oleh kerana tidak tersenarai di dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, maka Sultan kedua yang di dalam catatan sejarah Kerajaan Brunei pada masa itu ialah Sultan Ahmad, adinda Sultan Muhammad Shah.)

Bersambung kepada selepas Sultan Abdul Momin ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-25, Pengiran Anak Muhammad Tajuddin merasa malu dengan dirinya. Pengiran Anak Muhammad Tajuddin menyangka dan beranggapan dengan tindakan beliau menolak Tahkta Pemerintahan Sultan Brunei, Keris Sinaga akan diberikan kepada anaknya iaitu Pengiran Muda Mohammad Jamalul Alam yang juga merupakan anak menantu kepada SOASII. Ini kerana, Pengiran Muda lebih tinggi berbanding Pengiran Anak. Akibat itu, Pengiran Anak Muhammad Tajuddin telah melabur dengan membakar dirinya dengan serbuk senapang.

Semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin, Baginda telah berusaha untuk menyatu padukan Kerabat SOAS II dan Kerabat Sultan-Sultan lain. Walaupun begitu, ada beberapa ahli Kerabat Sultan mungkin kurang senang dengan Perlantikan Sultan Abdul Momin(Mobin). Di akhir hayat Sultan Abdul Momin, baginda telah memohon kepada Tuhan agar selepas kemangkatan baginda, Sultan Abdul Momin(Mobin) tidak mahu Keturunannya atau Pewarisnya menjadi Sultan namun mahu Keturunan SOAS II yang lain menjadi Sultan. Doa Sultan Abdul Momin(Mobin) telah dimakbulkan apabila Pengiran Anak Hashim menjadi Sultan Brunei ke-26.

Persoalannya, di manakah Keris Sinaga yang telah diberikan oleh SOASII kepada Sultan Abdul Momin(Mobin) ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Shariff Abdul Wahab. Kenapa Sultan Hashim tidak menerima Keris Sinaga daripada tangan Sultan Abdul Momin(Mobin)...Adakah Sultan Abdul Momin(Mobin) telah mewariskan kepada seseorang? Kalau benar, Keris Sinaga telah diwariskan dan diberikan kepada seseorang.. Siapakah beliau?
Continue Reading...
 

Blogroll

Site Info

Text

unrevealedHISTORY Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template