Sunday, February 20, 2011

Sultan Abdul Momin, Sultan Brunei-25(24)

Sebelum kemangkatan Sultan Omar Ali Saifuddin II (SOASII), SOASII telah menyerahkan kuasa pemerintahan dengan memberi Keris Sinaga kepada Pengiran Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam I. SOASII merasakan Pengiran Anak Muhammad Tajuddin adalah Waris Sultan Brunei yang paling layak pada ketika itu. Walaupun begitu, Pengiran Anak Muhammad Tajuddin menolak tawaran dan kuasa pemerintahan kerajaan Brunei.

SOAS II mengambil keputusan untuk memberi Keris Sinaga kepada Pengiran Anak Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Sharif Abdul Wahab. Pengiran Anak Abdul Momin merupakan anak menantu kepada SOASII sendiri. Pada ketika itu, Pangkat Pengiran Abdul Momin adalah Pengiran Bendahara. Oleh disebabkan, SOASII tidak mempunyai Putera Gahara atau waris yang layak untuk menggantikan baginda, maka menurut adat istiadat perlantikan sultan brunei, Pengiran Bendahara merupakan Calon Potensi dan Layak untuk menggantikan Sultan seterusnya. Pada waktu itu, Pertabalan Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Momin (Mobin) sebagai Sultan Brunei Ke-25(24) pun telah dibuat dengan rasminya.(Sultan Abdul Majid Hasan merupakan salah satu Sultan Brunei yang memerintah dari TM 1402 sehingga TM 1408. Walaupun tidak pernah disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, ada dicatatkan dalam riwayat China bahawa pada TM 1406, baginda menghantar utusan ke China. Orang Cina menyebut baginda Ma-na-je-ka-na. Pada TM 1408, baginda berangkat ke China dan mangkat di sana ketika berusia 28 tahun. Baginda meninggalkan seorang putera bernama Xiawang (bererti Raja Kecil) yang berusia 4 tahun. Oleh kerana tidak tersenarai di dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, maka Sultan kedua yang di dalam catatan sejarah Kerajaan Brunei pada masa itu ialah Sultan Ahmad, adinda Sultan Muhammad Shah.)

Bersambung kepada selepas Sultan Abdul Momin ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-25, Pengiran Anak Muhammad Tajuddin merasa malu dengan dirinya. Pengiran Anak Muhammad Tajuddin menyangka dan beranggapan dengan tindakan beliau menolak Tahkta Pemerintahan Sultan Brunei, Keris Sinaga akan diberikan kepada anaknya iaitu Pengiran Muda Mohammad Jamalul Alam yang juga merupakan anak menantu kepada SOASII. Ini kerana, Pengiran Muda lebih tinggi berbanding Pengiran Anak. Akibat itu, Pengiran Anak Muhammad Tajuddin telah melabur dengan membakar dirinya dengan serbuk senapang.

Semasa pemerintahan Sultan Abdul Momin, Baginda telah berusaha untuk menyatu padukan Kerabat SOAS II dan Kerabat Sultan-Sultan lain. Walaupun begitu, ada beberapa ahli Kerabat Sultan mungkin kurang senang dengan Perlantikan Sultan Abdul Momin(Mobin). Di akhir hayat Sultan Abdul Momin, baginda telah memohon kepada Tuhan agar selepas kemangkatan baginda, Sultan Abdul Momin(Mobin) tidak mahu Keturunannya atau Pewarisnya menjadi Sultan namun mahu Keturunan SOAS II yang lain menjadi Sultan. Doa Sultan Abdul Momin(Mobin) telah dimakbulkan apabila Pengiran Anak Hashim menjadi Sultan Brunei ke-26.

Persoalannya, di manakah Keris Sinaga yang telah diberikan oleh SOASII kepada Sultan Abdul Momin(Mobin) ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Shariff Abdul Wahab. Kenapa Sultan Hashim tidak menerima Keris Sinaga daripada tangan Sultan Abdul Momin(Mobin)...Adakah Sultan Abdul Momin(Mobin) telah mewariskan kepada seseorang? Kalau benar, Keris Sinaga telah diwariskan dan diberikan kepada seseorang.. Siapakah beliau?

28 comments:

Hadizatul on June 5, 2011 at 12:49 AM said...

Assalammualaikum...
Saya nak tanya.. Di mana kita dapat sumber-sumber kehilangan keris Si Naga tersebut? Saya amat tertarik dan ingin mengkaji mengenainya. Tetapi saya tidak menemukan sumber-sumber atau kajian-kajian mengenainya di beberapa buah perpustakaan Brunei. Di manakah saya boleh mendapatkan sumber-sumber tersebut? Terima kasih

Unknown on February 24, 2015 at 12:23 AM said...

Says juga trtarik dgn cerita ni,tp xpasti.says juga mencari salasilah keturunan Panglima Malim Saulah,mungkin bukan nama sbenarnya atau menyamar atas sebab2 trtentu.beliau seorang pedagang yg kaya Dan masyur serta seorang pahlawan yg sukar ditandingi Dan kehebatannya DLM prsilatan.mungkin juga Dr golongan bangsawan dn alim ulama.beliau brdagang menjual Kain n pelbagai.berketurunan minang.merantau hingga ke sumatra.brkahwin dgn org Sumatra brnama Ta'ok.sayangnya beliau mati dibunuh dgn senjata yg boleh menembusi tubuhnya.mayatnya tidak ditemui hingga sekarang.ketika ITU isterinya mengandung.mendapat Anak lelaki brnama Ali.menurut cerita beliau di bunuh oleh kerabat raja yg dengki Dan irihati mungkin kehebatannya ataupun kekayaannya.ataupun cubaan utk menghapuskn keturunannya yg tahu siapa sebenarnya.Oleh kerana anaknya Ali ketika ITU DLM kandungan,maka tidak nendpt cerita seterusnya.cuma Ada satu beliung yg di warisi ayah saya.tp telah kami guna utk mengubati adik sakit.beliung ITU tiada lg kami simpan.apapun setiap keluarga kami sakit atas khianat org pasti bomoh menyatakan keturunan kami bukan sebarangan.kami mencari siapa Panglima Malim Saulah sbenar.kerana Ada satu keris apabila keturunan kami pegang ia boleh tegak dgn sendirinya.tetapi kami tidak memiliki Keris trsebut.

Unknown on February 24, 2015 at 12:24 AM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on February 24, 2015 at 12:25 AM said...
This comment has been removed by the author.
Nad Adhiey on May 8, 2015 at 3:37 AM said...

Assalamualaikum.Boleh saya bertanya?siapakah isteri kepada Putera Shahabuddin? Putera Shahabuddin ada bersangkut paut dengan dengan Long Jaafar atau tidak?Adakah dia pernah menetap di Perak dan menyamar sebagai rakyat biasa?

Unknown on May 6, 2016 at 6:20 PM said...

Slam..tuan mmg btl kres tnpa sarung..apa tuan btul2 mncari nya,apa ka tuan perlu kan bnda tu..jika perlu hubungi..no 0178161415..sya ble tlg tuan..trma ksh

Unknown on May 6, 2016 at 6:23 PM said...

Slam..tuan mmg btl kres tnpa sarung..apa tuan btul2 mncari nya,apa ka tuan perlu kan bnda tu..jika perlu hubungi..no 0178161415..sya ble tlg tuan..trma ksh

Sophia on August 2, 2016 at 11:49 AM said...
This comment has been removed by the author.
Sophia on August 2, 2016 at 11:52 AM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on August 9, 2016 at 6:31 AM said...

Skalm..pumpang tnya ni..perna tak kmu dgr s.alaudin hajanah..putra nya hatta alak betatar.. yg sya dgr ni kturunan dri brunei.. pengikut baginda 2 0org 1 brnma dato panglima laksamana al mansur( dasilah) 2 dato patinggi al muzzafar(jaram) asal sungai adjung atau nma baru nya santing tawi tawi selatan filipina barang peningalan..1sebila keris 2 satu kelengkapan di raja pewaris nya muhammad tajuddin..pda msa ini..wsalam...

Unknown on August 9, 2016 at 6:40 AM said...

Skalm..pumpang tnya ni..perna tak kmu dgr s.alaudin hajanah..putra nya hatta alak betatar.. yg sya dgr ni kturunan dri brunei.. pengikut baginda 2 0org 1 brnma dato panglima laksamana al mansur( dasilah) 2 dato patinggi al muzzafar(jaram) asal sungai adjung atau nma baru nya santing tawi tawi selatan filipina barang peningalan..1sebila keris 2 satu kelengkapan di raja pewaris nya muhammad tajuddin..pda msa ini..wsalam...

Unknown on November 13, 2016 at 5:53 PM said...

Boleh kita cerita.. Call. 0135436182.

Unknown on November 14, 2016 at 11:10 PM said...

Dgkusufihurul ain..salm..apa ka shbat ni btul2 mncri nya..jika perlu call 0178161415

Unknown on November 14, 2016 at 11:16 PM said...

Untk pengatauhan shabat..dgkusufihurul..sgala bkti ada dgn blileu..

Unknown on January 11, 2017 at 3:50 AM said...

Assalammualikum saya cuma nak tanya keturunan pangeran rakit yg berasal dari kuala belait brunai masih ade ke Sampai Sekarang? Paneran rakit datuk saya.

Unknown on October 9, 2017 at 7:32 PM said...

asalamualaikum. saya ingin bertanya ..mungkin ada yang tahu cerita berkenaan puteri Delima.. khabarnya lari ke sabah dari brunei semasa perang saudara di berunei bersama seorang lelaki pengiring beliau....boleh call/whatsapp 0143529594. tq

Unknown on November 13, 2017 at 7:59 PM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on September 24, 2018 at 12:53 PM said...

Asalamulikum

Unknown on October 19, 2018 at 10:50 AM said...

Aasalamualaikum, aku anik mahu bertanya. Saya difaham kan ,maklum sekian lama hingga hari ini sudah lebih 20 kumpulan mengaku waris sultan Abdul Momindan , dan telah tampil kepada sultan Brunei namun Gagal. Apa kah banar .. ?. Boleh kah saya bertanya ..? ? Pernah kah pihak istana Brunei . ..Mengunjar di sebuah daerah terpencil di sabah.. Iaitu NAMA KINI DAERAH SEMPORNA. ??? nenek saya kata mereka sekeluarga melarikan diri setelah dikesan di Sandakan,, lalu berhijrah melalui sungai2 hingga laut untuk tiba dan tinggal sementara disebuah pulau sebelum menyeberang melalui bakau ke tanah daerah Semporna .Dan mendirikan sebuah istana (rumah besar) yang dihuni oleh lebih kurang 300orang. Rumah besar tersebut dibina akhir tahun abad 18. Semasa perang dunia pertama tahun 1910 ia nya masih Ujud .. Apa pun ketika hampir perang dunia kedua semua peralatan makan seperti pinggan emas ,gelas emas ,sudu emas dan beberapa peralatan kerabat telah di rompak...!! ! Menyebabkan segala bukti dunia nyata telah tiada untuk dijadikan bahan rujukan. AKAN TETAPI NENEK SAYA PERNAH BERPESAN UCAPAN . "SATU HARI NANTI .KETURUNAN BERDARZAT ANIK AKAN DIKETAHUI JUGA WALAU KITANI MENAPUK DAN MENYAMAR NAMA..,LIAT LAH SATU HARI NANTI... SETELAH PUPUS SIKAP DENDAM KERABAT SEDARAH SEDAGGING.. INSALLAH. .ALLAH AKAN TUNJUKKAN SEBAGAI LAMBANG KEAMANAN DAN KEMAKMURAN KERABAT KITANI DAN MELANYAPKAN SUMPAHAN ,,, SABAB TANPA DASTAR DAN KERIS PETANDA BERSAMA PANJI MERAH.,,ALLAH AKAN TUNJUKKAN KEBANARAN KETURUNAN..SESUNGGUH NYAKK...DIURAT SARAF TERUKIR JUA..AIR MANI SULTAN MENJADI DARAH KETURUNAN SULTAN PERTAMA ANIK,TIDAK AKAN BARUBAH HINGGA HARI QKIAMAT...INSALLAH

musafir on October 30, 2018 at 7:37 PM said...

Keris si naga akan muncul di akhir zaman

Unknown on April 6, 2019 at 7:46 AM said...

Sy nk tya, kalian hya tahu mngenai sinaga, tapi, kalian ada salasilah keturunan ke. Lebih nyata dn jelas, jurai kita,,,

Unknown on April 6, 2019 at 11:58 PM said...

Telah lama org mncari, apakah tujuan sebenar, adakah keturunan atau darjat. Jika keturunan, alhamdulillah, jika darjat, adakah trjamin hidup jika diketahui.

Zoelliex on July 18, 2019 at 7:55 PM said...

Hahaaa... Banyak betul pengakuan

Zoelliex on July 18, 2019 at 7:59 PM said...

Sebenarnya yang dicari adalah keris milik Shahabuddin lah..

Zoelliex on July 18, 2019 at 8:00 PM said...

+628114350066
Ini no Hp Saya

Zoelliex on July 18, 2019 at 8:03 PM said...

Ini no WA saya +628114350066, hubungi saya

Zoelliex on July 18, 2019 at 8:04 PM said...

Ini no WA saya +628114350066

Unknown on December 10, 2021 at 11:50 AM said...

Keturunan..InshaaAllah

Post a Comment

 

Blogroll

Site Info

Text

unrevealedHISTORY Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template