Sunday, February 27, 2011

Siapakah Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin)?

Inilah Masanya.... Merungkai Segala Rahsia mengenai Sejarah Kesultanan Brunei. Mendedahkan Perkara Sebenar mengenai Kewujudan Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Anak Sharif Abdul Wahab Ibni Sultan Omar Ali Saifuddin.

Semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abdul Momin(Mobin) Ibni Pengiran Syahbandar Pengiran Sharif Abdul Wahab, ada seorang putera yang bernama Putera Shahabuddin @ Pengiran Anak Shahabuddin. Putera ini adalah merupakan hasil perkahwinan di antara Sultan Abdul Momin(Mobin) dan Pengiran Dayang Fatimah @ Pengiran Anak Fatima Ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam.

Putera Shahabuddin telah melarikan diri dari Brunei atas arahan ayahandanya Sultan Abdul Momin(Mobin). Pada waktu itu, wujud pertelingkahan dalaman di kalangan Kerabat Sultan Brunei dan atas sebab-sebab keselamatan, Sultan Abdul Momin telah mengarahkan Puteranya untuk meninggalkan Negara Brunei Darussalam.  Sebelum Puteranya meninggalkan Negara Brunei, Sultan Abdul Momin telah mewariskan Keris Berdaulat Kesultanan Brunei kepada Puteranya. Manakala, Sarung Keris tersebut ditinggalkan di Brunei. Sarung Keris ini masih diletakkan di Istana Lama, Negara Brunei Darussalam.

Dalam catitan sejarah, memang tidak dicatit tentang keturunan Sultan Abdul Momin(Mobin), akan tetapi bukti kewujudan Keturunan Sultan Abdul Momin adalah berdasarkan kepada Keris Berdaulat Kesultanan Brunei.

Kewujudan Sarung Keris  di Istana Lama adalah menjadi ukuran untuk mengesahkan akan Kesahihan dan Kewujudan keturunan dan Pewaris Sultan Abdul Momin(Mobin). Persoalannya kenapakah Sultan Abdul Momin(Mobin) hanya mewariskan Keris Berdaulat tanpa membawa sarung asalnya?...

"Inilah kata-kata dan pesanan Putera Shahabuddin kepada Pewarisnya dan keturunannya.. Dengarlah baik-baik bahawa Hanya Pewaris Sah Sahaja yang dapat memasukkan Keris Berdaulat di dalam Sarung Asalnya.."

Sesungguhnya..Kewujudan Pewaris Sultan Abdul Momin dan Keris Berdaulat merupakan kata kunci yang selama ini menjadi misteri mengenai kesahihan akan Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin.. Oleh yang demikian, untuk membuktikan bahawa seseorang itu ialah benar-benar keturunan Pewaris Sultan Abdul Momin, maka dia perlu menunjukkan Keris Berdaulat yang telah diwariskan oleh Sultan Abdul Momin kepada puteranya Putera Shahabuddin. Dan Keris Berdaulat ini perlu dimasukkan di dalam sarung asalnya.....

Perjalanan riawayat hidup mengenai Sejarah Putera Shahabuddin @ Pengiran Anak Shahabuddin Ibni Sultan Abdul Momin(Mobin) adalah berliku-liku. Ini kerana, ada di kalangan Kerabat Sultan Brunei selepas kemangkatan Al-Marhum Sultan Abdul Momin, menjalankan usaha untuk mencari Putera Shahabuddin atas tujuan dan motif bagi menghapuskan Pewaris Sultan Abdul Momin(Mobin). Ini bermakna, ada Kalangan Kerabat Sultan Brunei mahu Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin dibunuh dan dihapuskan agar tidak ada lagi penyambung zuriat Al-Marhum Sultan Abdul Momin(Mobin)...

Di manakah Lokasi dan tempat persembunyian Putera Shahabuddin ?

Selepas Putera Shahabuddin meninggalkan Negara Brunei, Putera Shahabuddin telah melarikan diri dan bersembunyi di salah satu kawasan di Negeri Sabah (North Borneo). Semasa di Sabah, Putera Shahabuddin telah menukar namanya (dirahsiakan) agar Identitinya tidak terbongkar. Namun, disebabkan kawasan persembunyian Putera Shahabuddin telah dikesan, maka Putera Shahabuddin telah melarikan diri bersama-sama dengan pengikutnya ke salah satu Pulau (dirahsiakan). Semasa tiba di pulau tersebut, Putera Shahabuddin dan pengikutnya keletihan dan terdampar di persisiran pantai. Penduduk sekeliling telah menjumpai Putera Shahbuddin dan membawa Putera Shahabuddin dan pengikutnya ke rumah penduduk setempat untuk memberi makanan.. Namun, Putera Shahabuddin telah berpesan kepada pengikutnya bahawa jangan mendedahkan Identiti sebenar Putera Shahabuddin tetapi menyamar sebagai rakyat biasa...

Semenjak itu, usaha Kerabat Sultan Brunei dan Pengikut ketika itu untuk mencari Putera Shahabuddin tidak tercapai. Walaupun begitu, disebabkan Kerabat Sultan Brunei ketika itu yakin bahawa Putera Shahabuddin tidak akan kembali ke Negara Brunei, maka telah berpendapat bahawa Pewaris dan Keturunan Sultan Abdul Momin tidak akan muncul lagi........

403 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 403 of 403   Newer›   Newest»
Mencari Kebenaran on December 14, 2022 at 4:32 AM said...

Assallamu alaikum warahmatullah wabarakatuh Tuan. Mohon maaf bertanya apakah tujuan blog cerita ini di sebarkan. Adakah suka2 atau ingin mencari pewaris yang sebenar. Siapakah yang patut di hubungi di brunei jika ingin mencuba menyarungkan keris si naga ke sarungnya. Apakah jaminan keselamatan yang dapat di berikan sekiranya perkara ini berlaku benar. Mohon respon Tuan secepat mungkin. Terima kasih Tuan.

erliana tan on April 23, 2023 at 5:22 AM said...

Serban Nabi Khider bewarna hijau, Cincin Nabi Sulaiman kemas buatannya,
Ilmu ruh di turunkan pada Si waris tanpa kehendaknya,
waris terpinga pinga dan gundah gulana,
Memikirkan ujian dan liku yg tiada hujungnya,
Puteri terbuang dan terpinggir dr kecilnya,
Hijab terbuka, hingga sukar membezakan alam kayangan mahupun dunia,
Tidak tahu knapa dipilih meskipun tak pernah meminta atau mempelajarinya...
berkali kali ingin lari dr jalannya namun berkali kali jua ditarik untuk menempuh jalan yg ditetapkan untuk para waris ..
mahu tak mahu ,
tetap pasrah dan redha jika itu Allah tetapkan jalannya... mohon unknow email saya tinta.ainna@gmail.com atau whatsup 01119584351

Blue on May 30, 2023 at 12:39 AM said...

dah meninggal jari 6..tinggal adik bongsu lagi..

«Oldest ‹Older   401 – 403 of 403   Newer› Newest»

Post a Comment

 

Blogroll

Site Info

Text

unrevealedHISTORY Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template